St John's Island

Nama saya Syed bukan nama sebenar. Kejadian yang akan saya ceritakan ini berlaku beberapa tahun yang lalu, sewaktu saya, kawan-kawan sedarjah dan guru kami berkhemah di Pulau Sekijang Bendera (St John's Island). Kami menginap di sebuah rumah yang tidak berkerusi meja. Yang ada hanyalah beberapa katil bertingkat yang berderetan dan sebuah kipas angin berdiri. Pada malam pertama, kami tidur awal-awal lagi kerana kepenatan. Pada kira kira 2.30 pagi, kami tersentak dan terus terbangun apabila mendengar suara orang menjerit.

Yati, salah seorang rakan kami, sedang memandang ke arah salah sebuah tingkap yang ternganga luas. Mukanya pucat lesi, seperti orang dalam ketakutan. Saya dan rakan-rakan cuba menenangkannya. Beberapa minit kemudian, Yati menceritakan bahawa dia ternampak satu lembaga berambut panjang dengan anggota dan pakaian berwarna putih sambil melambai-lambaikan tangannya. Menurut Yati, dia menjerit sekuat hatinya apabila lembaga itu mengilai sebelum meghilang.

Saya cuba meyakinkan Yati bahawa apa yang dialaminya itu hanyalah satu mimpi atau imaginasinya sahaja, kerana saya memang tidak percaya dengan hantu atau apa bentuk tahyul sekalipun. Tetapi Yati tetap mendakwa apa yang dilihatnya benar-benar berlaku. Pada keesokan malamnya, sebelum tidur, saya telah menutup semua tingkap dan pintu memandangkan cuaca begitu sejuk sekali. Belum pun sempat dibuai mimpi, saya terjaga kerana terasa begitu sejuk hinggkan seluruh badan saya menggigil.

Saya melirikkan mata ke arah tingkap dan pintu; semuanya terkunci rapi. Tetapi apabila mata saya memandang ke arah kipas angin di situ, hati saya tersentak apabila terpandang seorang tua sedang berdiri tegak - betul-betul di tempat kipas angin itu. Orang tua itu seperti meniup-niup dan memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan - sama seperti kipas angin lagaknya.

Apakah kipas angin itu telah menjelma sebagai lembaga tua apabila malam menjelma? Hati saya bertanya sendiri. Saya dapat merasakan tiupannya itu dengan jelas, walaupun saya berjauhan daripadanya. Kerana terlalu takut, saya memaksa diri saya tidur.

Pada keesokan paginya, saya menceritakan kejadian tersebut pada guru saya. Anehnya, bukan saya seorang sahaja yang telah melihat lembaga wanita tua itu, malah guru saya juga. Kerana tidak mahu kejadian aneh itu berulang, kami pun berkemas pulang ke tanah besar Singapura pada saat itu jugak.
Saturday, August 17, 2013
Posted by Encikseh
Tag :

Bertahun- tahun peramugari cantik ini menjadi santapan Hantu Raya

Sekadar Gambar Hiasan
Sejak dari dulu lagi, kita telah dihidangkan dengan kisah pelbagai jenis hantu antaranya hantu langsuir, hantu galah dan hantu raya. Di bawah ini adalah satu dari sebuah kisah benar mengenai seorang pramugari yang telah ditiduri oleh hantu raya. Sepasukan ahli perubatan Islam hadir untuk membantu membuang gangguan tersebut. Jom baca kisah di bawah ini.

Cuaca pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja. Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya. Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.

“Bila di amati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.

Putus Tunang

Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.

Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.

Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.

“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.

“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.

SEMASA azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk. “Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.

Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.

Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.

“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.

“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.

Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.

Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.

“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.


Disetubuhi
“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.

“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.

Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.

“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.

“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.

Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.

“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.

Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.

Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.

Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.

Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.

“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.

P/s: Bagi mengelakkan kita diganggu semasa tidur, amalkan bacaan ayataul kursi, bacaan tiga qul, dan jangan lupa membaca doa sebelum tidur. Apa yang paling penting,pastikan kita tidur dalam keadaan berwudu’. InsyaAllah jangan lupa amalkan itu semua.

Posted by Encikseh
Tag :

Terserempak Pontianak - Cerita Abg Zam Marzam



KISAH BENAR BERLAKU KAT ABG ZAM SENDIRI -

( PONTIANAK !! )



" Tahun 90-an dulu, Abg Zam pernah teserempak dgn Perempuan gendong anak jam 3pagi di sebuah stesen minyak Shell di Taman Melati Kuala - Lumpur, masa tu ske ronda2 bandar dgn Ex5 jer dgn srg kwn, spai kt Shell nak isi minyak, sblm nak gi buat byrn kt Bangla yg jaga kaunter tu, tiba2 npk srg perempuan pakaian mcm org dulu2 sambil gendong bayi kt tangan dia, agak2 dlm 100 meter jarak nya, ketika tu perempuan tersebut sdg berjalan menyusuri kt tepi jalan raya menghala ke Shell juga .

Entah kenapa hati seperti di tarik utk ikut ke mana wanita tu pergi tinggal kan moto ex5 mcm tu jer....wanita tu jln slow jer...Abg Zam follow dari belakang dier, lebih kurang dlm 2 3 minit follow...tiba2 kwn Abg Zam panggil, " hoi zam! jgn msk campur hal org ", masa tu mcm bru sedar dan pelik kenapa aku nk ikut wanita ni ? terus tinggal kan wanita tu dan pergi utk isi minyak moto, masa tu bru kwn Abg Zam bgtw yg Abg Zam follow tadi tu bukan Manusia, huh! jantung berdegup kencang masa tu . . . .

Nak tau wanita gendong anak tu pegi mana? dia jln terus masuk ke belakang Shell ke bilik Air dan hilang mcm tu jer dlm kegelapan! maklumlah masa tu Shell tu baru nak di bina tk byk lampu ada lagi... Apalagi cepat2 isi minyak....! masa kami nak gerak, tgk Mat Bangla syok punye tido kt kaunter dan dier tk tau mlm tu dier bertemankan dgn PONTIANAK !!!

Kami pun terus pecut laju.....( masa tu lom jadi ghost hunter lagi ) . Foto kt bawah ni rupa perempuan dan anak yg di gendung tu hampir 99% sama yg Abg Zam jupa !!

Ikuti Fanpage Abg Zam Marzam Di : 
Thursday, August 15, 2013
Posted by Encikseh
Tag :

Popular Post

Labels

Pengumuman Dari Seh Media!

Powered by Blogger.

- Copyright © Seram Seh! -seramsehseh- Powered by Blogger